Ahad, 4 Disember 2011

Masker Untuk Membuang Sel Kulit Rosak-

 
Jom membersih kulit anda dengan menggunakan strawberi. Mungkin sel-sel kulit anda sudah mati jadi, jom membersih.... :-)

Langkah 1 :


-Ramas strawberi dan hancurkan dengan menggunakan garfu. Strawberi kaya dengan alphahidroxy asid, biji kecil strawberi yang terdapat di badan strawberi tersebut melembutkan kulit kita.

Langkah 2 :


-Tambah 1 sudu besar madu dan gaulkan. Madu mampu menghilangkan parut, sel kulit mati, melembabkan kulit dan membersihkan kulit.

Langkah 3 :


-Campurkan 2 sudu yogurt.Yogurt juga mapu memelihara kulit kerana ia mampu melembabkan kulit.

Langkah 4 :



-Campurkan 5 sudu nestum atau pun 3 keping biskut oat. Ia akan membuang sel kulit mati.

Langkah 5 :

-Letakkan minyak zaitun dan gaulkan sehingga sebati.

Langkah 6 :

-Hancurkan semua bahan dengan garfu dan sapukan di atas muka dengan perlahan-lahan sambil mengurut.

-Masker Untuk Kulit Kering-


Macam mana nim??? Muka saya dahlah kering lepas tu kusam pulak!!! Arghh!!! Usah risau. Saya kan ada, anda boleh membuat masker anda sendiri dan dapat menjimatkan wang.  (Jika anda mahu).Jika kamu semua tidak mahu dan bergantung kepada duit kamu semua untuk membeli masker yang sedia ada pom tak apa. ^_^

Bahan-bahan :

  • Air teh hijau yang sudah dimasak (Teh biasa pun boleh)
  • 3-4 Sudu besar tepung beras
 Langkah 1 :


-Campurkan air teh hijau dengan 3-4 sudu besar tepung beras. Jika mahukan air teh hijau itu cepat sejuk simpan di dalam peti ais dan barulah campurkannya dengan tepung beras. 

-Biarkan ia sebati dan jika campuran tadi terlalu tebal, campurkan air teh.


~>Pilihan:


-Campurkan pisang di dalam campuran tadi jika mahu melembapkan kulit.

-Campurkan buah mangga di dalam campuran tadi jika mahu membersihkan kulit. (pilih salah satu).

-Selepas memilih, pastikan anda meramas-ramas buah tadi dan biarkan sebati.

Langkah 2 :


-Basuh wajah anda dan keringkan muka anda dengan tuala bersih dengan perlahan-lahan dan lembut.

Langkah 3 :



-Sapukan di atas muka anda dengan campuran (mask) tadi dengan menggunakan berus yang lembut (supaya dapat meratakan mask).

Langkah 4 :


-Biarkan mask di wajah anda kering selama 15 minit.

Langkah 5 :


-Bilas wajah anda dengan air suam ataupun air paip.

Langkah 6 :


-Pakai pelembab wajah ataupun krim muka untuk menyegarkan wajah anda.

Jumaat, 2 Disember 2011

-Macam Mana Nak Lupakan Ex-Boyfriend Anda-



 Adakah anda pernah bercinta lalu terputus tegah jalan??? Adakah anda tidak boleh melupakan bekas kekasih anda???Sila baca tips di bawah yang mungkin dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah dan problem anda ini. :-)



1. Buang semua barang kepunyaan lelaki atau hediah yang diberi kepada kamu sebagai tanda cintanya. Buang atau berikan saja barang-barang dia kepada dia balik... Kalau kamu nak simpan sebagai tanda kenangan bercinta pahit, anda boleh simpan di dalam kotak selama bertahun-tahun sehingga kamu hilang suka dan cinta kepada lelaki tersebut.


2.  Fikirkan tentang sifat-sifat baik anda. Tuliskan di atas kertas kecil dan comel tentang sifat-sifat baik anda serta kebaikan anda yang telah anda buat kepada kekasih anda. Tuliskan juga sifat-sifat buruk kekasih anda kepada anda di atas kertas hodoh dan konyok. Ikat di belon dan biarkan ia berterbangan. Fikirlah yang ex-kekasih  anda langsung tidak sesuai dengan anda yang baik manakala ex-kekasih anda itu jahat.


3. Dapatkan sokongan keluarga ataupun rakan-rakan baik anda. (Macam saya mendapat sokongan Wani). Ini membolehkan proses penyembuhan hati terluka anda berjalan lancar kerana diri anda yang terluka itu memerlukan rawatan semangat dan sokongan daripada rakan-rakan anda yang lain.


4. Fikirkan juga keburukan dia kepada anda. Contohnya :

-Bercakap kasar kepada anda
-Buruk sangka
-Dan lain-lain keburukannya

Katakan kepada diri anda dia memang betul-betul tidak sesuai dengan anda. Cinta anda tidak dihargai oleh dia. Tetapi, jangan membenci dia kerana dia makhluk tuhan yang mempunyai kesilapan.


5. Kalau anda tidak berpuas hati, Jadikan dia kawan biasa anda. Katakan kepada dia yang anda ingin menjadikan dia kawan anda sahaja.

- Tapi ingat!!! Jika dia meminta anda menjadi kekasihnya semula, jangan terburu-buru. Fikir  panjang-panjang. Jangan biarkan perkara yang sama berulang. Fikirlah dan beritahu jawapan kamu :

Kalau kamu mahu :
-Baiklah. Tapi kamu janji ya janganbuat seperti dahulu.. :-)

Kalau kamu tak mahu :
-Maaflah...Saya tak mahu sebab banyak kerja nak buat.Malaslah nak bercinta. Kalau kita jadi kawan tak apa lah.. :-)


6. Bercakap dengan kawan-kawan anda. Apabila anda bercakap dengan kawan-kawan anda :

-Hidari topik pasal bekas kekasih anda
-Tutup telinga dan wat olok-olok anda mendengar jika kawan-kawan anda bercerita pasal bekas kekasih anda.


7.  Sekiranya bekas kekasih anda menelefon anda (sebagai kawan) :

-Jangan bergayut terlalu lama di telefon
-Sekadar memberitahu khabar 
-Jangan berbual terlalu lama yang anda ni dah berpunya ke, beli pensel baru ke, kucing anda beranak lapan ke atau apa-apa pun.

8. Jika dia bertanya dan berbual terlampau lama, buat alasan seperti

-"mak saya panggillah,ada kerja kot"
-"Alamak!!!Saya lupa nak masak...." 
-"Mak suruh saya pergi makan, tepom lain kali lah ya" .


9. Masih dia tidak tutup telefonnya???

-Buat olok-olok adik kamu kacau kamu menelefon seperti :
-"Ahhh!!!!Jangan kacaulah adik!!!" dan terus kamu menutup telefon kamu dengan sengaja.
-Kalau adik atau mak anda tanya "bila masa adik kamu kacau???".
-Cakap saja "Saya berlakonlah mak, untuk pertandingan berlakon."



10. Buatkan diri anda sibuk seperti :
 
-Membasuh baju                                                        -Chatting dengan kawan-kawan
-Shopping                                                                  -Bermain badminton atau sukan
-Lepak bersama kawan                                              -Memasak 
-Mengikuti kelas segala kelas                                      -Mencari hobi yang berfaedah

Khamis, 1 Disember 2011

-Jom Cantik!!!-


1. Tentukan jenis kulit muka anda :
-Kombinasi : Pipi kering Zon-T (dahi dan hidung) berminyak.

-Normal : Tiada sebarang masalah. Dahi sedikit berkilau.

-Kering : Kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.

-Berminyak : Seluruh muka berkilau dan apabila di sentuh agak berminyak.


2.  Bersihkan wajah anda dengan pencuci muka yang lembut.


 3. Sapukan pelembab wajah di sekitar muka anda jika kulit kering, normal dan kawasan kulit kering di pipi (jika kulit kombinasi).


4. Sapukan pelindung UV atau pelindung matahari yang mempunyai SPF 15 ataupun mempunyai SPF 30 kerana ia akan melindungi kulit anda dari hitam selama 5 hingga 10 jam.


5. Memakai Bedak kompak . Sapukan bedak kompak di muka anda hingga ke zon-T kerana zon-T amat penting dalam aset bersolek kerana zon-T adalah zon yang berminyak.

- Menyapu bedak di muka hendaklah menggunakan span kerana apabila anda menyapu bedak kompak bersama-sama span, kulit anda akan nampak sekata dan bedak rata di wajah anda.

-  Menyapu bedak di tekak juga amat penting (bagi yang tidak bertudung) kerana apabila anda tidak meyapu bedak di tekak, anda akan nampak seperti orang yang memakai topeng.

-Eye-shadow atau pun pembayang mata juga penting (jika mahu pakai). Sekiranya solekan mata anda sudah berat, maknanya solekan bibir seperti gincu perluringan dengan warna cerah seperti pink.

 

6. Bahagian mata adalah sangat sensitif dan mudah menadihitam jika tidak tidur dengan cukup. Pastikan anda memakai concealer ataupun penyamar noda di bahagian-bahagian tertentu seperti :

-Di bawah mata
-Parut jerawat.
-Jeragat


7. Pakai bedak tabur ataupun yang serbuk bagi sentuhan yang halus. Pasti ramai yang kagum dengan kejelitaan anda.


8. Serlahkan tulang pipi anda dengan memakai blush on ataupun pemerah pipi. Warna pemerah pipi anda mestilah sesuai dengan jenis warna kulit anda :

- Sawo matang : Warna coklat natural

-Kulit putih : Warna pink atau pic (peach)

-Sederhana gelap : Merah atau coklat natural

Pastikan anda memakai berus saat menyapunya.