1. Tentukan jenis kulit muka anda :
-Kombinasi : Pipi kering Zon-T (dahi dan hidung) berminyak.
-Normal : Tiada sebarang masalah. Dahi sedikit berkilau.
-Kering : Kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.
-Berminyak : Seluruh muka berkilau dan apabila di sentuh agak berminyak.
2. Bersihkan wajah anda dengan pencuci muka yang lembut.
3. Sapukan pelembab wajah di sekitar muka anda jika kulit kering, normal dan kawasan kulit kering di pipi (jika kulit kombinasi).
4. Sapukan pelindung UV atau pelindung matahari yang mempunyai SPF 15 ataupun mempunyai SPF 30 kerana ia akan melindungi kulit anda dari hitam selama 5 hingga 10 jam.
5. Memakai Bedak kompak . Sapukan bedak kompak di muka anda hingga ke zon-T kerana zon-T amat penting dalam aset bersolek kerana zon-T adalah zon yang berminyak.
- Menyapu bedak di muka hendaklah menggunakan span kerana apabila anda menyapu bedak kompak bersama-sama span, kulit anda akan nampak sekata dan bedak rata di wajah anda.
- Menyapu bedak di tekak juga amat penting (bagi yang tidak bertudung) kerana apabila anda tidak meyapu bedak di tekak, anda akan nampak seperti orang yang memakai topeng.
-Eye-shadow atau pun pembayang mata juga penting (jika mahu pakai). Sekiranya solekan mata anda sudah berat, maknanya solekan bibir seperti gincu perluringan dengan warna cerah seperti pink.
6. Bahagian mata adalah sangat sensitif dan mudah menadihitam jika tidak tidur dengan cukup. Pastikan anda memakai concealer ataupun penyamar noda di bahagian-bahagian tertentu seperti :
-Di bawah mata
-Parut jerawat.
-Jeragat
7. Pakai bedak tabur ataupun yang serbuk bagi sentuhan yang halus. Pasti ramai yang kagum dengan kejelitaan anda.
8. Serlahkan tulang pipi anda dengan memakai blush on ataupun pemerah pipi. Warna pemerah pipi anda mestilah sesuai dengan jenis warna kulit anda :
- Sawo matang : Warna coklat natural
-Kulit putih : Warna pink atau pic (peach)
-Sederhana gelap : Merah atau coklat natural
Pastikan anda memakai berus saat menyapunya.
Pengajaran : Saya suka bermekap sejak darjah 6. Sebab tu tumbuh jerawat.hahaha
BalasPadam