Ahad, 4 Disember 2011

Masker Untuk Membuang Sel Kulit Rosak-

 
Jom membersih kulit anda dengan menggunakan strawberi. Mungkin sel-sel kulit anda sudah mati jadi, jom membersih.... :-)

Langkah 1 :


-Ramas strawberi dan hancurkan dengan menggunakan garfu. Strawberi kaya dengan alphahidroxy asid, biji kecil strawberi yang terdapat di badan strawberi tersebut melembutkan kulit kita.

Langkah 2 :


-Tambah 1 sudu besar madu dan gaulkan. Madu mampu menghilangkan parut, sel kulit mati, melembabkan kulit dan membersihkan kulit.

Langkah 3 :


-Campurkan 2 sudu yogurt.Yogurt juga mapu memelihara kulit kerana ia mampu melembabkan kulit.

Langkah 4 :



-Campurkan 5 sudu nestum atau pun 3 keping biskut oat. Ia akan membuang sel kulit mati.

Langkah 5 :

-Letakkan minyak zaitun dan gaulkan sehingga sebati.

Langkah 6 :

-Hancurkan semua bahan dengan garfu dan sapukan di atas muka dengan perlahan-lahan sambil mengurut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan