Ahad, 4 Disember 2011

-Masker Untuk Kulit Kering-


Macam mana nim??? Muka saya dahlah kering lepas tu kusam pulak!!! Arghh!!! Usah risau. Saya kan ada, anda boleh membuat masker anda sendiri dan dapat menjimatkan wang.  (Jika anda mahu).Jika kamu semua tidak mahu dan bergantung kepada duit kamu semua untuk membeli masker yang sedia ada pom tak apa. ^_^

Bahan-bahan :

  • Air teh hijau yang sudah dimasak (Teh biasa pun boleh)
  • 3-4 Sudu besar tepung beras
 Langkah 1 :


-Campurkan air teh hijau dengan 3-4 sudu besar tepung beras. Jika mahukan air teh hijau itu cepat sejuk simpan di dalam peti ais dan barulah campurkannya dengan tepung beras. 

-Biarkan ia sebati dan jika campuran tadi terlalu tebal, campurkan air teh.


~>Pilihan:


-Campurkan pisang di dalam campuran tadi jika mahu melembapkan kulit.

-Campurkan buah mangga di dalam campuran tadi jika mahu membersihkan kulit. (pilih salah satu).

-Selepas memilih, pastikan anda meramas-ramas buah tadi dan biarkan sebati.

Langkah 2 :


-Basuh wajah anda dan keringkan muka anda dengan tuala bersih dengan perlahan-lahan dan lembut.

Langkah 3 :



-Sapukan di atas muka anda dengan campuran (mask) tadi dengan menggunakan berus yang lembut (supaya dapat meratakan mask).

Langkah 4 :


-Biarkan mask di wajah anda kering selama 15 minit.

Langkah 5 :


-Bilas wajah anda dengan air suam ataupun air paip.

Langkah 6 :


-Pakai pelembab wajah ataupun krim muka untuk menyegarkan wajah anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan