Jumaat, 2 Disember 2011

-Macam Mana Nak Lupakan Ex-Boyfriend Anda-



 Adakah anda pernah bercinta lalu terputus tegah jalan??? Adakah anda tidak boleh melupakan bekas kekasih anda???Sila baca tips di bawah yang mungkin dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah dan problem anda ini. :-)



1. Buang semua barang kepunyaan lelaki atau hediah yang diberi kepada kamu sebagai tanda cintanya. Buang atau berikan saja barang-barang dia kepada dia balik... Kalau kamu nak simpan sebagai tanda kenangan bercinta pahit, anda boleh simpan di dalam kotak selama bertahun-tahun sehingga kamu hilang suka dan cinta kepada lelaki tersebut.


2.  Fikirkan tentang sifat-sifat baik anda. Tuliskan di atas kertas kecil dan comel tentang sifat-sifat baik anda serta kebaikan anda yang telah anda buat kepada kekasih anda. Tuliskan juga sifat-sifat buruk kekasih anda kepada anda di atas kertas hodoh dan konyok. Ikat di belon dan biarkan ia berterbangan. Fikirlah yang ex-kekasih  anda langsung tidak sesuai dengan anda yang baik manakala ex-kekasih anda itu jahat.


3. Dapatkan sokongan keluarga ataupun rakan-rakan baik anda. (Macam saya mendapat sokongan Wani). Ini membolehkan proses penyembuhan hati terluka anda berjalan lancar kerana diri anda yang terluka itu memerlukan rawatan semangat dan sokongan daripada rakan-rakan anda yang lain.


4. Fikirkan juga keburukan dia kepada anda. Contohnya :

-Bercakap kasar kepada anda
-Buruk sangka
-Dan lain-lain keburukannya

Katakan kepada diri anda dia memang betul-betul tidak sesuai dengan anda. Cinta anda tidak dihargai oleh dia. Tetapi, jangan membenci dia kerana dia makhluk tuhan yang mempunyai kesilapan.


5. Kalau anda tidak berpuas hati, Jadikan dia kawan biasa anda. Katakan kepada dia yang anda ingin menjadikan dia kawan anda sahaja.

- Tapi ingat!!! Jika dia meminta anda menjadi kekasihnya semula, jangan terburu-buru. Fikir  panjang-panjang. Jangan biarkan perkara yang sama berulang. Fikirlah dan beritahu jawapan kamu :

Kalau kamu mahu :
-Baiklah. Tapi kamu janji ya janganbuat seperti dahulu.. :-)

Kalau kamu tak mahu :
-Maaflah...Saya tak mahu sebab banyak kerja nak buat.Malaslah nak bercinta. Kalau kita jadi kawan tak apa lah.. :-)


6. Bercakap dengan kawan-kawan anda. Apabila anda bercakap dengan kawan-kawan anda :

-Hidari topik pasal bekas kekasih anda
-Tutup telinga dan wat olok-olok anda mendengar jika kawan-kawan anda bercerita pasal bekas kekasih anda.


7.  Sekiranya bekas kekasih anda menelefon anda (sebagai kawan) :

-Jangan bergayut terlalu lama di telefon
-Sekadar memberitahu khabar 
-Jangan berbual terlalu lama yang anda ni dah berpunya ke, beli pensel baru ke, kucing anda beranak lapan ke atau apa-apa pun.

8. Jika dia bertanya dan berbual terlampau lama, buat alasan seperti

-"mak saya panggillah,ada kerja kot"
-"Alamak!!!Saya lupa nak masak...." 
-"Mak suruh saya pergi makan, tepom lain kali lah ya" .


9. Masih dia tidak tutup telefonnya???

-Buat olok-olok adik kamu kacau kamu menelefon seperti :
-"Ahhh!!!!Jangan kacaulah adik!!!" dan terus kamu menutup telefon kamu dengan sengaja.
-Kalau adik atau mak anda tanya "bila masa adik kamu kacau???".
-Cakap saja "Saya berlakonlah mak, untuk pertandingan berlakon."



10. Buatkan diri anda sibuk seperti :
 
-Membasuh baju                                                        -Chatting dengan kawan-kawan
-Shopping                                                                  -Bermain badminton atau sukan
-Lepak bersama kawan                                              -Memasak 
-Mengikuti kelas segala kelas                                      -Mencari hobi yang berfaedah

7 ulasan:

  1. Terima kasih atas tips nie, inshaaAllah tips no.10 tu sy boleh buat

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas tips nie, inshaaAllah tips no.10 tu sy boleh buat

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas tips nie, inshaaAllah tips no.10 tu sy boleh buat

    BalasPadam
  4. Terima kasih..sngt mmbantu...sy akn cuba buat

    BalasPadam
  5. Tq... memang susah nk lupakan si dia.. dengan tips ini Insyaa Allah dapat lupakan ex saya tuu

    BalasPadam
  6. Harap2 la saya boleh lupakan ex-bf sampai bila2.Insyaallah.Doakan saya ye

    BalasPadam
  7. Doa kan saya Supayah saya dapat melupakan ex boyfriend yang baru terputus hari ni...😭

    BalasPadam